Kaedah permainan Valorant

Genre permainan video secara amnya ini ialah penembak diri-pertama. Dalam permainan video ini, para pemain ditugaskan sebagai agen dari seluruh dunia dalam latar masa hadapan dekat.[1] Ada 10 orang agen dalam Valorant setakat kini dan tergolong dalam empat kumpulan lazim iaitu penyerang (Duelist), pengumpul maklumat (Initiator), pertahanan (Sentinel) dan sokongan (Controller).[2] Setiap agen memiliki kebolehan dan senjata yang dikhaskan kepada setiap satu agen. Contoh senjata yang digunakan dalam permainan ini termasuk mesingan, submesingan dan senapang patah. Senjata-senjata automatik pula memiliki unsur sentakan yang perlu dikawal untuk mendapatkan bidikan yang tepat.

Dalam permainan ini, dua kumpulan dengan lima orang pemain setiap satu bertarung dalam perlawanan dengan 25 set (tempoh satu set ialah 100 saat); kumpulan pertama yang menang dalam 13 set dikira menang. Kedua-dua kumpulan ditugaskan sebagai kumpulan penyerang dan kumpulan pertahanan; tugasan ini digantikan selepas 12 set pertama. Kumpulan serangan diberikan sebutir bom (Spike) yang perlu diletakkan di suatu tempat yang dikhususkan. Kumpulan penyerang akan menang sekiranya:

  • sebilangan atau semua ahli kumpulan masih hidup, dan;
  • berjaya meletakkan bom tersebut dan bom tersebut berjaya meletup;
  • kumpulan pertahanan akan menang jikalau bom tidak diletakkan atau berjaya dinyahaktifkan.

Sebelum setiap set bermula, tempoh 30 saat diperuntukkan untuk memberi ruang kepada para pemain untuk membeli senjata, perisai dan keupayaan bantuan (fasa pembelian, Buy Phase). Pembelian ini dilakukan dengan mata wang permainan, Creds yang diperoleh selepas setiap set.[3]